Pages

Thursday, October 2, 2014

Bagaimana Untuk Jimat Petrol dan 20sen Anda.

Siapa-siapa kamu yang ada pergi megasale di station petrol semalam??..Hahaha..Pembukaan yang 'terbaik' for Oktober with kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20sen seperti yang diumumkan semalam. Macam biasala, lepas pengumuman dibuat, kompom berduyun-duyun orang pergi isi minyak kenderaan sampai penuh semalam.



Hari ni pun news feed di facebook semua pasal kenaikan minyak. Macam-macam reaksi. Yang pasti, ramai yang tidak berpuas hati, termasuk la saya.Walaupun kenaikan hanya 20sen, walaupun office depan rumah ja, bagi golongan makan gaji macam saya ni tetap terasa bebanannya. Paling terasa bila mau balik kampung sebab both our parent tinggal jauh. Berjam-jam perjalanan. Haishh!



 Nampaknya lepas ni duduk di rumah ja la. Tidak payah pih mana-mana. Kurangkan berjalan, and save more. Bila commitment dah makin banyak, segala jenis tips berjimat mau di belajar..ahaks..Heres some tips on how to save petrol:



1. Isi minyak pada waktu malam atau awal pagi. sebab pada waktu sejuk kepekatan petrol dalam tangki stesen minyak bertambah dan menyebabkan kandungan tenaga dalam petrol turut bertambah.



2. Drive pada kelajuan yang konsisten. 



3. Service kenderaan mengikut jadual. 



4. Check tyre pressure. Pastikan angin tayar mencukupi. Apabila angin berkurangan, penggunaan minyak pun berlebihan disebabkan oleh beban yang bertambah.



5. Isi tangki hingga penuh. Minyak akan cepat berkurang jika kapasiti tangki minyak tidak penuh. Apabila ruang dalam tangki makin besar atau kosong, semakin banyaklah minyak yang meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh engin. Sebaiknya, isi la tangki semasa tangki dalam keadaan separuh. Elakkan mengisi bila tangki sudah 'E'. Nasib baik la saya and husband jenis yang sentiasa isi tangki minyak full. 



6. Kurangkan penggunaan Aircond. Mungkin yang ini agak payah untuk sesetengah orang, lebih-lebih lagi yang menpunyai anak kecil yang suka merengek bila kepanasan. Pun begitu, boleh kurangkan penggunaan aircond dengan merancang perjalanan pada waktu awal pagi atau malam sebab time tu cuaca sejuk sikit.



7. Bersihkan kereta. Elakkan membawa muatan lebih. Keluarkan barang yang tidak perlu dari kereta kerana semakin tinggi beban semakin tinggi penggunaan minya.

hahaha..yang ini memang selalu berlaku. Bonet kereta macam stor sudah. Tidak boleh mau elak lebih-lebih lagi kalau balik kampung. Macam semua barang mau angkut.hehe..



8. Matikan engin apabila kenderaan tidak bergerak. contoh : Menunggu orang. Saya paling fedup kalu menunggu lama-lama ni. Untuk elakkan daripada menunggu lama, pesan dengan orang yang ditunggu supaya ready di tempat menunggu. Kalau lebih seminit teda, silakan tinggalkan orang itu. hahahaha..



9. Use gear wisely.  Pilihkan gear yang bersesuaian dengan kelajuan.



10.Rancang perjalanan anda. Paling penting terutamanya untuk elak daripada jammed. Elakkan berjalan time peak hour. Bila jalan sudah jammed, penggunaan minyak pun banyak. Terutama untuk kereta jenis auto. Nak lagi jimat, pakai la kereta jenis manual. 






Akhir-akhir ini banyak barang sudah naik harga. Tapi income maintain tu ja tiap bulan. T.T




No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com