Pages

Wednesday, October 15, 2014

Beaufort To Tawau Via Kalabakan Road

We are lucky sebab tidak perlu bergaduh or buat sistem bergilir setiap kali cuti raya sebab otomatik cuti raya ja mesti akan balik kampung at Tawau. Since last raya puasa hari tu tidak jadi balik Tawau so perasaan untuk balik raya haji kali ni lebih excited. Mungkin sebab this is my 1st time beraya as a wife and a mother.

Selalunya, if you drive to Tawau via jalan Ranau/Sandakan/Lahad Datu, it will take 10 to 12 hours or maybe more depends on how you drive. Kalau macam kami ni yang ada baby yang masih kecik, kompom more than 12 hours sebab bawa slow melow. Memang kebas punggung la duduk lama-lama dalam kereta.Hari tu dah sekali bawa kereta and memang penat gila if you sorang yang drive. Saya yang duduk sebelah driver ja pun rasa penat, apatah lagi driver yang drive dari KK sampai Tawau alone. Dari situ, macam kejerahan saya mau naik kereta kalau balik Tawau. So, dalam kami sedang decide mau balik Tawau dengan apa, ada cadangan mencadangkan kami untuk ikut jalan baru.

Finally, we decided untuk take Kalabakan Road. Kami ada tanya-tanya juga kawan-kawan yang pernah ikut jalan tu. Most of them cakap, ikut jalan tu lebih dekat and will take approximately 5-7hours from Keningau.

Kami bertolak lebih kurang jam 7am dari Tawau. Dari Tawau siap isi tank minyak full-full. But don't worry. Di area Merotai ada lagi satu stesen Petronas. Di stesen ni boleh la isi full-full sebab tu la last gas station before reach Keningau..huahuahua..tapi rasanya cukup kot minyak tu sampai Keningau sebab kami pun bawa kereta jenis Saga ja.

Sepanjang jalan dari Merotai to Kalabakan, the road are sucks. Jalan beralun and kena drive banyak hati-hati sebab ada baby kecik. Kang tak pasal-pasal terlambung. Nasib baik kami sudah prepare car seat awal-awal. Kalau tidak, patah ja tangan mendukung sepanjang perjalanan.hahaha..



[caption id="attachment_2761" align="aligncenter" width="290"]signboard Patuhi papan tanda di Jalan .[/caption]
Masa 1st time saya lalu jalan ni, Benda paling saya kecewa masa ialah KETIADAAN SIGNBOARD yang menyatakan berapa km lagi mau sampai satu-satu tempat. Ikut ja la jalan tu dengan helplessnya sebab tidak tau berapa lama lagi mau sampai. Memang blur la kalau 1st time  jejak tempat tu. Waze pun tidak berfungsi okay sebab line coverage tiada ataupun slow gila.



[caption id="attachment_2762" align="aligncenter" width="226"]Awas! Lori lalu lalang Jalan Merotai-Kalabakan. Lori banyak lalu jalan ni. Tabah ja la mengeskort.[/caption]

Jalan Kalabakan

Sebelum decide untuk take Jalan Kalabakan , I was worried if our SAGA tidak dapat lalu that road sebab jalan terutamanya Jln Kalabakan-Sepulut belum siap sepenuhnya. Tapi masa kami lalu jalan tu, about 20km sudah siap bertar and lagi more than 10km masih jalan gravel. But I believe, tidak lama lagi jalan ni akan siap. Maybe next year.




[caption id="attachment_2764" align="aligncenter" width="278"]Jalan Sepulut-Kalabakan Jalan Kalabakan-Sepulut still under construction.[/caption]



[caption id="attachment_2766" align="aligncenter" width="226"]Jln Kalabakan-Sepulut yang siap ditar dan ni jalan yang sudah ditar but belum siap sepenuhnya.[/caption]
I only managed to take picture masa on the way balik Beaufort and taken picture dari dalam kereta saja. Sorry for the low quality of the picture. Tu ja yang sempat snap using my handphone S3.



[caption id="attachment_2765" align="aligncenter" width="226"]jln kalabakan 2 Dunno samada tempat ni masih wujud or tak.[/caption]
Kami sempat berhenti kejap di Maliau Basin. From what I see tempat ni macam closed sudah. Tempatnya pun terbiar and sunyi. Serius seram. Terpaksa buang air laju-laju masa singgah di toilet ni..hahaha..But don't worry, a few kilometer from Maliau Basin ada satu restoran yang provide public toilet. Kalau tidak silap nama restoran dia Green Restoran. Sorry. Tidak sempat take picture sebab busy urus baby .

20141008_103030

Maliau Basin


Kami sampai di Pekan Keningau lebih kurang jam 2pm. Singgah kejap untuk isi minyak and  tapau makanan. We decided untuk makan dalam kereta ja supaya senang jaga baby. Kecian kan. Baby masa tu sedang tidur. Kecian pulak kalau dikejutkan. Kompom menangis sebab tidurnya dikacau.

We reach Beaufort at 6pm. Boleh sampai awal sebenarnya tapi something happened masa kami turun bukit Kimanis. Suddenly, tayar berbau hangit and brake pun tidak mau grip masa turun bukit. Nasib baik la hubby tidak panic masa tu and only told me after make an emergency stop at the side road. After stop about an hour untuk kasih cool down tu tayar , we continue our journey. Nasib baik tidak banyak sudah bukit yang mahu dituruni. So, moral of the story, jangan terlampau race masa naik bukit kalau setakat Saga ja..hahaha. Believe me, banyak bukit ko perlu lalu sepanjang perjalanan dari Tawau to KK.  So, berhenti la di mana-mana sebelum meneruskan perjalanan.

Boleh singgah di Crocker Nature Centre or Dime Pedalaman Resort untuk kasih cool enjin and tayar sebab kawasan tu sejuk.



[caption id="attachment_2772" align="aligncenter" width="300"]Crocker Nature Centre Crocker Nature Centre[/caption]



[caption id="attachment_2771" align="aligncenter" width="300"]Dime Pedalaman Resort Dime Pedalaman Resort[/caption]

Lebih kurang 11 jam perjalanan. Compare than ikut jalan lama, ikut jalan baru ni kurang terasa kepenatannya. Rasanya, perjalanannya tidak la jauh sangat. Depends dengan cara pemanduan. Walaupun kiri-kanan jalan terutamanya dari Nabawan to Kalabakan hutan, don't worry sebab kereta memang sentiasa ada lalu jalan ni walaupun tidak banyak. But better jalan siang la. Takut ada apa-apa nanti.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com