Orang cakap, untuk cari susu formula yang sesuai untuk baby kena try and error. Maksudnya, kena beli and try satu-satu brand susu sampai jumpa yang sesuai unuk baby. As for Adriana, since dari lahir dia sudah minum susu formula.
Adriana's 1st formula milk, Similac Neosure Rumusan Khas pramatang because Adriana born preemie. FM ni hospital yang bagi masa baby masih admitted. Adriana minum susu ni dalam sebulan lebih juga. Harga boleh tahan, RM76.90 untuk 900gram. Memang agak kuyak jugak la masa mula-mula tu. Yela, setin boleh tahan dalam seminggu ja. Sebulan kami kena prepare RM300++. Tapi kami redha ja since saya sorang breastfreeder yang gagal. Pam berjam-jam tapi 1 auns pun susah mau dapat. *nangis* Sebulan minum susu Similac ni, berat Adriana naik ke 3.3kg. Berat Adriana 2.1kg ja masa dia lahir. Very the kecik.
After a few weeks minum susu Similac, Adriana pandai sudah muntah susu. Mula-mula sikit lepas tu jadi banyak. Membuang pun dalam 3hari sekali. Saya perasan Adriana macam kepayahan and sometimes menangis semasa meneran untuk membuang air besar. Najis pun color hijau gelap. From there, I realize yang susu ni tidak sesuai sudah untuk Adriana. From what I've read also, after baby preemie reach berat 3kg, should stop ambil susu untuk pramatang and change to susu biasa. Hasil daripada review yang saya baca dalam forum and web, we decided untuk try S26. Tidak sampai hati tengok Adriana nangis tiap kali membuang. Mesti kena tukar susu juga. Rasa betul saya sorang ibu yang gagal sebab tidak dapat breastfeeding anak. Mula la rasa menyesal sebab tidak ambil supplement untuk banyakkan susu ibu masa tengah pregnant..sob..sob..sob..
Tiada pek kecik untuk s26, jadi kami pasrah ja la beli pek yang besar 1.2kg , harga dalam RM80. Dalam pek besar tu ada 2 packet 600 gram. 1 packet last for 5 days. So, 1 pek besar tu last for 10 days. Jimat sikit compare to Similac.
Lepas dah bertukar kepada s26, ada rasa lega sikit sebab dalam 2 hari sekali Adriana akan membuang and kaler najis pun bertukar kepada hijau+kuning. Still ada hijau but at least tidak la segelap sebelum ni. Tapi, Adriana seems tidak suka susu ni and kurang menyusu. Maybe sebab susu ni kurang manis dan tidak sesedap susu sebelum ni. Masa checkup untuk 2nd month, berat Adriana naik lagi sekilo pih 4.3kg. Oleh sebab berat baby Adriana still naik, saya teruskan juga penyusuan. Tapi akhir-akhir ni Adriana selalu muntah susu. Siap keluar dari hidung lagi and baby pun banyak meragam. Membuang pun dalam 3 hari sekali dan najis agak keras. Adriana memang akan menangis la setiap kali nak membuang. Kadang-kadang seharian dia akan meneran ja tapi najis tak keluar pun. Memang kena tukar susu la lagi jawabnya.
Kali ni saya bagi try susu Enfalac A+. Saya ada juga bertanya dengan nurse yang kerja kat hospital tempat saya bersalin hari tu and she also suggests Enfalac. Sebenarnya saya takut untuk tukar-tukar susu. Tambahan lagi, baru-baru ni ada anak colleague yang demam after tukar susu. Tapi, after sees Adriana condition, memang kena tukar susu juga Nasib baik ada pek kecil 200gram hospital bagi masa saya bersalin hari tu. Hari ni masuk hari ke 3 Adriana minum susu enfalac. Alhamdulilah, hari 1st minum sudah membuang dan sekali lagi subuh tadi. Najis pun kaler kuning. Memang happy gila. Lagi happy bila tengok Adriana senang ja membuang. Selalunya Adriana akan nangis, but this time tidak. So, we decided untuk stick to enfalac A+. Semalam daddy Adriana pegi beli susu memandangkan stok susu mau habis sudah. Tabah ja. Memang mahal gila susu enfalac a+ ni. 1 Pek 650gram ja pun dah RM79.60. 1 pek ni maybe akan tahan dalam seminggu ja. Tapi takpe la. Since Adriana tak menyusu badan, I need to make sure Adriana dapat nutrisi yang sepatutnya from susu formula yang terbaik. Mahal or tak belakang kira.
Images credit to Google.



No comments :
Post a Comment